Wanita dipenjara sehari, denda RM10,000 terima wang pelaburan tanpa lesen sah

Wanita dipenjara sehari, denda RM10,000 terima wang pelaburan tanpa lesen sah

Wanita dipenjara sehari, denda RM10,000 terima wang pelaburan tanpa lesen sah
Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Seorang bekas ejen unit amanah dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima wang RM219,000 daripada seorang lelaki bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah, tiga tahun lepas.

Hakim Datin Sabariah Othman menjatuhkan hukuman itu selepas Nadihah Nawi, 32, menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Ibu kepada enam anak itu didakwa menerima wang deposit berjumlah RM219,000 daripada seorang lelaki tanpa lesen sah di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini, pada 24 Jan 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu dijanjikan pulangan pelaburan minimum 15 peratus setahun dan pengadu berminat untuk melabur ke dalam sebuah syarikat pengurusan pelaburan sebelum membuat bayaran secara berperingkat dalam akaun bank tertuduh berjumlah RM219,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…


Pengadu telah menyemak dengan syarikat pengurusan pelaburan berkenaan dan mendapati wang pelaburan pengadu tidak wujud serta hasil semakan dengan Bank Negara mendapati tertuduh tidak berdaftar sebagai ejen pelaburan dan namanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak mempunyai lesen yang sah untuk membuat kutipan wang daripada pengadu bagi tujuan pelaburan dan wang berkenaan telah digunakan untuk tujuan peribadi.

Terdahulu, peguam Azrul Hasyimi Mohammad mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira anak guamnya mempunyai enam anak tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suaminya yang menjual kereta secara sambilan.

“Anak bongsu tertuduh yang berumur 11 bulan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana dijangkiti COVID-19 tahap empat serta mengalami pneumonia. Anak guam saya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Tukar Kementerian, Orang Lain Kepanasan


“Saya mohon mahkamah mengambil kira kerugian yang dialami mangsa adalah banyak iaitu RM219,000 dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan. Mahkamah juga perlu mengambil kira kesalahan komersial kini kerap berlaku dan kes tersebut meningkat,” katanya.

– BERNAMA

Wanita dipenjara sehari, denda RM10,000 terima wang pelaburan tanpa lesen sah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker