Gerakan Pertimbangkan Keluar PN, Muhyiddin Marah Dengan Hadi Awang

Gerakan Pertimbangkan Keluar PN, Muhyiddin Marah Dengan Hadi Awang

Gerakan Pertimbangkan Keluar PN, Muhyiddin Marah Dengan Hadi Awang

Bukan sedikit kesannya persefahaman perjanjian Proklamasi Melayu yang dipersetujui oleh Dr Mahathir dan juga presiden PAS, Hadi Awang.

Khabarnya, keputusan untuk berkerjasama dengan Dr Mahathir itu diambil bersendirian oleh Hadi Awang.

Beliau dikatakan mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang dengan kepimpinan tertinggi dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah, penulis juga dimaklumkan, keputusan itu tidak dibincangkan langsung dengan kepimpinan PAS, apa lagi mengikut perlembagaan PAS.



Parti komponen PN yang paling marah dengan Hadi Awang adalah PPBM dan Gerakan.

Sumber dalaman PN memaklumkan, kepimpinan Gerakan sedang menimbangkan untuk keluar dari PN sekiranya Hadi Awang tidak membatalkan kerjasama tersebut.

Gerakan sedar, mereka hanyalah parti picisan di dalam PN.

Tetapi bagi Gerakan, itu bukanlah alasan bagi Hadi Awang untuk meminggirkan mereka dalam apa juga keputusan yang berkaitan dengan PN.



Manakala dikatakan sudah mula tular satu audio yang dikatakan mirip suara Muhyiddin Yasin marah dengan Hadi Awang.

Muhyiddin dikatakan marah kerana Hadi Awang mengambil keputusan bersendirian dan PN tidak mengiktiraf kerjasama tersebut.

Malah dikatakan, PPBM sedang berkerjasama dengan beberapa pemimpin PAS yang turut tidak bersetuju dengan Hadi Awang.

Mereka dikatakan sedang merancang konspirasi untuk menyingkirkan Hadi Awang dari kerusi presiden PAS.

Penulis agak terkejut apabila dimaklumkan, ada antara pemimpin PAS yang bersama dengan Hadi Awang dalam kunjungan ke rumah Dr Mahathir, turut tersenarai dalam konspirasi tersebut.

Sekiranya segala maklumat yang sampai kepada penulis benar, terpaksa penulis akui kehebatan Dr Mahathir.

Dalam memecahbelahkan bangsa Melayu, Dr Mahathir wajar dinobatkan sebagai juara, dulu, kini dan selamanya.

 

Gerakan Pertimbangkan Keluar PN, Muhyiddin Marah Dengan Hadi Awang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker