JDT, Selangor terus manfaat bakat Akademi Mokhtar Dahari

c7affc2340d857297a34d2eaf50a53e95fc383dc7c44b

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pelatih Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) masih menjadi pilihan pasukan terbaik di negara ini apabila 12 pelatihnya telah menandatangani kontrak dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, baru-baru ini.

Menurut sumber, pemain daripada lebih 40 pelatih generasi kedua AMD itu ditawarkan kontrak antara dua dan tiga tahun serta sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Dua pelatih dianggap bakat terbaik generasi kedua AMD itu – pemain tengah Ziad El Basheer Norhisham menandatangani perjanjian bersama JDT, sementara pemain pertahanan Muhammad Faiz Amer Runnizar memilih skuad Gergasi Merah sebagai destinasi pilihan.

Mengikut langkah Ziad El Basheer ke JDT adalah penyerang Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal yang bergandingan bersama bintang muda negara Luqman Hakim Shamsuddin di posisi serangan skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara pada Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.



β€œZiad El Basheer dan Muhammad Faiz boleh dianggap bakat terbaik dalam kalangan pemain ketika ini, bagaimanapun, Muhammad Najmudin juga sepatutnya merupakan pemain terbaik tetapi disebabkan mengalami kecederaan lutut yang serius tahun lepas, dia terpaksa berehat panjang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Muhammad Najmudin bersama seorang lagi pelatih generasi kedua AMD Muhammad Syukur Fariz Januri merupakan dua pemain dalam kesebelasan utama skuad B-16 Malaysia yang menewaskan Tajikistan 6-2 pada aksi kumpulan Kejuaraan B-16 AFC.

Pada masa sama, hampir kesemua 12 pelatih yang berpangkalan di Gambang, Kuantan itu adalah antara 18 pemain skuad B-17 negara yang beraksi pada kejohanan Piala Jenesys 2020 di Kagoshima, Jepun, Mac lalu.

Perkembangan terbaru itu membuktikan produk AMD di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara masih memberi impak yang besar dan sering mendapat perhatian pasukan gergasi bola sepak negara, JDT dan Selangor, yang seakan menjadi pelanggan setia mereka.



Kedua-dua pasukan itu juga β€˜memborong’ kesemua 34 pelatih generasi pertama tahun lalu dengan 28 daripadanya mengikat kontrak bersama Selangor.

Selain itu, peminat bola sepak negara juga sedang menanti siapakah dalam kalangan 12 pemain generasi kedua AMD itu yang mampu mengikuti jejak langkah Luqman Hakim yang berkelana ke Eropah selepas menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab profesional Belgium, KV Kortrijk.

Senarai 12 pemain generasi kedua AMD yang menandatangani kontrak bersama JDT dan Selangor:

Nama Posisi Negeri Pasukan
Muhammad Haziq Ridhwan Mohd Rosli Pertahanan Kuala Lumpur JDT
Muhammad Naqiu Aiman Abdul Hadi Pertahanan Terengganu JDT
Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal Penyerang Selangor JDT
Ziad El Basheer Norhisham Tengah Selangor JDT
Mohammad Marwan Abdul Rahman Pertahanan Selangor JDT
Muhammad Syukur Fariz Januri Tengah Melaka JDT
Muhammad Faiz Amer Runnizar Pertahanan Kuala Lumpur Selangor
Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri Penjaga Gol Johor Selangor
Abdul Afiq Hilman Abdul Halim Sayap Kuala Lumpur Selangor
Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi Tengah Selangor Selangor
Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri Penyerang Kelantan Selangor
Syed Zaris Irfan Syed Putra Hasdiana Faizal Pertahanan Pahang Selangor

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker