Elon Musk Tanam Rambut & ‘Tegangkan’ Kulit?

Demi menangani masalah keguguran rambut dan kulit, manusia terkaya di dunia iaitu Elon Musk dipercayai membelanjakan beribu-ribu dolar untuk mengatasi masalah tersebut.

Bengkak dan aneh bawah leher

Menurut pakar bedah plastik, Dr. Richard Westreich, bentuk garis rambut Musk kelihatan telah berubah sekurang-kurangnya sebanyak empat kali sepanjang tahun yang akan menelan kos sekitar AS$40,000 (RM177,000).

Saya rasa Elon (Musk) telah merawat rambut, mata dan kulit di bawah lehernya. Pada awal tahun ini, dia kelihatan ganjil yang mana anda boleh melihat jenis bengkak yang anda akan dapat selepas menjalani ‘neck lift. Sejak itu dia pulih, dan nampaknya tidak ada bengkak aneh di bawah lehernya lagi.

Kemungkinan operasi ‘neck lift’ menelan belanja sehingga sekitar AS$60,000 (RM265,500) tetapi dia juga mungkin telah mencuba mencantikkan kulit di bawah mata yang mungkin merupakan pemindahan lemak (dan) berharga sekitar AS$10,000 (RM44,250). Neck lift’ ialah prosedur kosmetik yang bertujuan untuk mengurangi lemak dan kulit berlebihan di sekitar rahang.

 

Sebelum ini, spekulasi mengenai wajah pemilik Twitter yang sudah berubah itu telah tersebar dan sebahagian besarnya tertumpu kepada pembedahan rambut dan rahangnya yang mana Musk tidak mengesahkan atau menafikannya.

Sumber: News.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker