Malaysia pesta gol belasah Papua

Malaysia pesta gol belasah Papua

Malaysia pesta gol belasah Papua
Pemain-pemain Malaysia meraikan jaringan pada perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi meledak hatrik ketika membantu Malaysia menewaskan Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim di babak kedua jelas mengubah ketajaman Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon apabila sembilan gol dijaringkan dalam tempoh 45 minit.

Malaysia pesta gol belasah Papua
Pemain Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim (kiri) meraikan jaringan gol pada perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. – Foto NSTP/Ghazali Kori

Malaysia bermula baik dengan deretan percubaan dilakukan sebaik sepak mula, namun ketangkasan penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan, memastikan kedudukan seimbang menghampiri waktu rehat.



Bagaimanapun gerakan Akhyar Rashid di akhir babak pertama menjelmakan sepakan penalti apabila dia dikasari pertahanan Papua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan


Safawi Rasid menyempurnakan sepakan untuk Malaysia mendahului 1-0.

Bermula babak kedua, kemasukan Faisal dan Arif Aiman jelas mengubah rentak permainan anak buah Pan Gon apabila tiga gol dijaringkan kedua-dua pemain berkenaan dalam tempoh tiga minit selepas Josue menambah jaringan pada minit ke-52.

Josue menambah jaringannya pada minit ke-64 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70 hasil gerakan Arif Aiman.

Daniel Ting turut menemui sasaran sebelum Arif Aiman melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 dan meledak gol keempatnya dua minit kemudian.



Malaysia pesta gol belasah Papua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker