Demi Ananda a/l Krishnan

Demi Ananda al Krishnan

Demi Ananda a/l Krishnan

Ada yang bertanya kepada penulis, kenapa tiba-tiba Dr Mahathir serang masyarakat India di Malaysia?

Sepanjang yang kita ingat, masyarakat India tidak pernah memberikan sebarang masalah kepada Dr Mahathir.

Sama ada dalam karier politik beliau atau kehidupan seharian beliau apa lagi dalam pengurusan harta Ahmad Albab.

Tiba-tiba Dr Mahathir mengatakan masyarakat India di Malaysia tidak setia pada tanah air kerana masih terikat dengan negara India.



Bagi masyarakat India, tuduhan yang dibuat oleh Dr Mahathir tidak boleh dianggap sebagai isu terpencil yang remeh.

Apakah hanya kerana masyarakat India menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa harian bersama keluarga maka Dr Mahathir boleh menghukum mereka sebegitu sekali?

Atau adakah hanya kerana mereka menggunakan dhoti dan sari maka kesetiaan mereka kepada Malaysia boleh dipersoalkan?

Hubungan Dr Mahathir Dengan Tatparanandam Ananda a/l Krishnan @ Ananda Krishnan

Pada pandangan penulis, sebenarnya Dr Mahathir tidak ada masalah dengan masyarakat India di Malaysia.



Sebenarnya Dr Mahathir marah kepada negara India dan terlupa bahawa nenek moyang beliau berasal dari India.

Persoalannya, mengapa Dr Mahathir marah kepada negara India?

Mungkin ada yang kenal dan ada juga yang muka tidak kenal dengan Tatparanandam Ananda a/l Krishnan @ Ananda Krishnan.

Siapa Ananda Krishnan?

Beliau adalah seorang ahli perniagaan keturunan India Malaysia yang berjaya dalam dunia korperat.

Ananda telah diperkenalkan oleh Tengku Razaleigh kepada Dr Mahathir sekitar 1970’an.

Sejak itu hubungan antara Ananda dan Dr Mahathir menjadi semakin rapat dan telah menjadi antara kroni rapat yang penting untuk Dr Mahathir.

Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Ia merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor).

Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia.

Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek.

Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Ananda juga menguasai industri penyiaran dan antara gergasi penyiaran yang beliau miliki adalah:

  • Maxis Berhad (Maxis)
  • Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) – hak milik sebanyak 91%
  • SES World Skies
  • Astro Malaysia Holdings Berhad
  • Asian Broadcasting Network
  • Binariang Satellites Systems Sdn. Bhd. (hak milik hampir 100%)
  • Bumi Armada Berhad
  • Objektif Bersatu Sdn. Bhd. (hak milik sebanyak 49%)
  • Celestial Pictures Limited yang berpangkalan di Hong Kong (hak milik sebanyak 100%)

Apa Kaitannya Dengan Negara India?

Pada Ogos 2014, CBI telah mendakwa adik beradik Maran, Ananda, Marshal dan empat syarikat dalam kes penggubahan wang haram.

Dayanidhi didakwa telah memperolehi sogokan berjumlah Rs742.58 crore (RM451 juta) dan wang itu disimpan dalam firma adiknya, Kalanithi.

CBI mendakwa Dayanidhi telah memberi tekanan serta memaksa pemilik syarikat telekomunikasi berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual sahamnya dalam Aircel.

Ia termasuk dua anak syarikat telekomunikasi kepada firma Malaysia, Kumpulan Maxis pada 2006 dan termasuk sogokan dalam bentuk pelaburan daripada kumpulan Maxis pada 2011.

CBI mendakwa kerajaan India kerugian USD4.6 bilion (RM18.64 bilion).

Penguatkuasa India pada 25 Mei 2016 mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat Ananda.

Pada bulan Ogos 2016, mahkamah India telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Ananda Krishnan.

Ibarat cubit peha kiri, peha kanan turut merasa sakit, sejak dari itu, Dr Mahathir sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk menyerang kerajaan India.

Tetapi sama ada kes penggubahan wang haram di India juga melibatkan harta Ahmad Albab di luar negara, penulis tidak pasti.

Satu yang pasti, sejak 2016, Dr Mahathir dilihat sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk menyerang India.

Isu Terbaru Bukan Serangan Pertama Dr Mahathir Kepada India

Pada 2019, ketika berucap di UNGA, PBB, Dr Mahathir telah memalukan kerajaan India dengan membuat kritikan terbuka mengenai isu Kashmir.

Isu Kashmir adalah isu yang menyebabkan ketegangan hubungan antara India dan Pakistan.

Isu tersebut melibatkan dua bandar Jammu dan Kashmir yang menjadi rebutan antara India dan Pakistan.

Juga pada tahun 2019, Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan kemarahan kerajaan India apabila enggan menyerahkan Zamir Naik kepada kerajaan India.

Dan tuduhan masyarakat India masih lagi terikat dengan negara India adalah provokasi terbaru Dr Mahathir terhadap negara India.

Mungkin apa yang berlaku hanyalah satu kebetulan, tetapi apabila terlalu banyak kebetulan ianya menimbulkan persoalan.

Selagi Dr Mahathir ada, jangan ada siapa yang berani mengganggu kroni beliau.

Beliau akan bertindakbalas dengan apa cara sekali pun.

Sana ada untuk melindungi kroni beliau atau melindungi harta Ahmad Albab, itu kena tanya sama itu burung hud hud.

Demi Ananda a/l Krishnan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker