Pemangku Raja Pahang berbuka puasa bersama warga Madrasah Thafiz Al-Umm

ROMPIN :  KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Madrasah Tahfiz Al-Umm, Kampung Sepakat, Rompin semalam.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Tuanku telah disambut sendiri oleh Mudir madrasah iaitu YBhg. Ustaz Haji Ibrahim bin Man serta para pelajar dan guru yang lain. Dalam majlis tersebut, Baginda selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP telah berkenan untuk meninjau kawasan sekitar madrasah tersebut dan seterusnya mengurniakan sumbangan agihan zakat MUIP serta peribadi kepada para pelajar dan guru yang hadir.
Madrasah Tahfiz Al-Umm, yang terletak di Kampung Sepakat, Rompin ini telah dibina pada tahun 2014 dan mula didaftarkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada tahun 2015.
Madrasah yang dibina di atas tanah wakaf ini menempatkan seramai 50 orang pelajar dan empat orang guru.
Sehingga hari ini, institusi ini telah menerima bantuan agihan zakat MUIP yang berjumlah RM19,200 yang merangkumi pelbagai jenis bantuan termasuklah bantuan Ihya’ Ramadan 2023.
Sebelum berangkat pulang, Baginda turut berkenan untuk mendengar alunan merdu nasyid dan qasidah yang didendangkan oleh para pelajar Madrasah Tahfiz Al-Umm, Rompin.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker