3 jam habis terjual!

3 jam habis terjual!

3 jam habis terjual!
PASANGAN pengantin baharu, Wahid (empat dari kiri) dan isteri, Norazira antara 101 pemilik rumah Rumah Selangorku jenis Aster di Taman Bunga Raya. Mereka menerima surat tawaran daripada Tengku Ahmad Shah (tiga dari kanan) dan disaksikan oleh Felina (dua dari kiri).

Rawang: MK Land Holdings Berhad (MK Land), Khamis lalu, melancarkan projek terbaru melalui program Rumah Selangorku iaitu jenis Aster di Taman Bunga Raya di sini.

Sebanyak 101 unit rumah pada harga serendah RM200,000 ditawar menerusi projek itu habis terjual dalam tiga jam sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land, Datuk Faris Yahaya berkata, beliau teruja melihat Taman Bunga Raya kini berubah wajah dan berkembang maju.

Beliau berkata, ia berbanding ketika awal 1995 sewaktu syarikat mula bertapak di situ serta memulakan projek perumahan pertamanya di kawasan berkenaan.

“Tahun demi tahun, kami mengorak langkah ke hadapan, membangunkan pelbagai projek kediaman sama ada rumah mampu milik (Rumah Selangorku) dan harga bebas serta lot komersial untuk manfaat penduduk, khususnya di Bukit Beruntung.

“Alhamdulillah, setakat ini, kami sudah siapkan 11,449 rumah yang babitkan pembangunan tanah 209.6 hektar, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM680 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Faris, dianggarka, lebih 40,000 penduduk mendiami keseluruhan kawasan hasil pembangunan 11,000 pangsapuri yang sudah siap dibina dan didiami oleh komuniti di Taman Bunga Raya ini.

“Apa yang lebih manis dan bermakna lagi buat kami di MK Land adalah kerana ada ramai pembeli rumah projek perumahan terbaharu kami hari ini, terdiri daripada generasi kedua di mana ibu bapa mereka pelanggan MK Land sejak 20 (hingga) ke 25 tahun lalu,” katanya.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal. Ia disaksikan Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau berkata, ia membabitkan pembangunan rumah bagi pasaran terbuka jenis Freesia dengan penawaran harga serendah RM499,000, membabitkan 64 unit yang bakal dilancar dalam masa terdekat.

“Penawaran harga serendah RM499,000 bagi rumah teres dua tingkat jenis Freesia yang mempunyai spesifikasi rumah berkembar dan berkeluasan 22 x 60 antara harga hartanah terendah ditawar oleh mana-mana pemaju kepada pembeli di Lembah Klang dan Selangor.

“Lagipun, rumah itu menawarkan hak milik individu dan geran rumah tersedia kepada bakal pembeli, ditambah dengan jarak perjalanan 30 minit sahaja daripada Tol Jalan Duta,” katanya.

3 jam habis terjual!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker