Muhyiddin patut cadang RCI kontrak YTL

Oleh – Bakhtiar Omar

Muhyiddin patut cadang RCI kontrak YTL

Muhyiddin Yassin patut mencadangkan kepada Kerajaan Keluarga Malaysia menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkaitan isu kontrak YTL Communication.

Tetapi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan untuk menubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) bagi menyiasat kes berkaitan LCS (Littoral Combat Ship).

Dalam kenyataan beliau dua hari lepas, Muhyiddin menggambarkan kerajaan Barisan Nasional merupakan sebuah kerajaan kleptokrat.

 

Muhyiddin patut cadang RCI kontrak YTL

Muhyiddin perlu ingat, beliau juga dahulu berada didalam Barisan Nasional bukan sahaja bawah Najib tetapi juga bawah Mahathir, Pak Lah dan sekali lagi bawah Mahathir bersama Pakatan Harapan.

 

 

Jadi untuk menuduh kewujudan amalan kronisme dalam isu LCS, Muhyiddin perlu melihat asas penubuhan Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd itu sendiri.

NAJIB BONGKAR ‘SIAPA’ SWASTAKAN LIMBUNGAN TLDM

 

Muhyiddin patut cadang RCI kontrak YTL

Najib telah menjelaskan bagaimana penubuhan BNDSB dalam entri terbaru facebook beliau.

“Pada tahun 1991 Limbungan TLDM telah dikoporatkan oleh kerajaan PM4.

Lalu ianya dijual pada tahun 1995 kepada syarikat swasta Penang Shipbuilding & Construction Corporation (PSC) untuk menjadi syarikat PSC-Naval Dockyard.

Pada tahun 1998, kerajaan memberi kontrak pembinaan untuk 27 buah kapal Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dengan anggaran bajet sebanyak RM30 bilion kepada syarikat swasta tersebut.

Fasa pertama melibatkan pembinaan 6 kapal pertama dengan kos RM6 bilion.

Namun kontrak ini gagal dan tiada satu kapal pun diserahkan oleh PSC-Naval Dockyard sehingga Jun 2005

Maka kerajaan melalui syarikat Boustead milik LTAT terpaksa bail-out projek ini dengan membeli kepentingan saham majoriti dalam syarikat PSC-Naval Dockyard pada Disember 2005.

Syarikat itu dijenamakan semula menjadi syarikat Boustead Naval Dockyard Sdn Bhd.” – Najib Razak.

Baca pautan dibawah ini – 

Persoalan berkaitan kontrak YTL perlu dijawap Muhyiddin.

Jika perlu sebuah RCI ditubuhkan bagi ‘membersihkan’ namanya, Muhyiddin perlu menggesa kerajaan menyegerakannya jika mahu dilihat ‘Bersih’.

Persoalannya, beranikah Muhyiddin berbuat demikian? Ini akan diperhatikan rakyat seluruh negara dan jika Muhyiddin kekal mendiamkan diri isu YTL, nampaknya seperti ada ‘sesuatu’ yang beliau ‘sorokkan’.

SUDAH WUJUD ‘KHEMAH BESAR’ PH + PN?

Adakah desakan Muhyiddin ini satu serangan awal terhadap BN untuk melumpuhkan kebangkitan BN pada PRU15? Sekali imbas, serangan Muhyiddin ini nampak selari dengan serangan Pakatan Harapan terhadap BN. 

Sudah ada persetujuan untuk bina ‘khemah besar’?

PH, PN ikut formula Rafizi untuk tumbangkan BN

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker