Perikatan Nasional Takut Undi Percaya Parlimen

 

Menjelang pembukaan Sidang Dewan Rakyat pada 13 Ogos 2021, Perikatan Nasional telah mula memainkan isu tiada keperluan pengesahan keabsahan Perdana Menteri di Parlimen.

Peguam Negara turut menyatakan demikian dalam beberapa kenyataan menerusi media yang disebarkan.

 

 

rujukan – KENYATAAN PEGUAM NEGARA

Jika dilihat semula kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada 18 Ogos 2021, jelas Titah Agong mahu keabsahan Perdana Menteri dilakukan dalam Parlimen.



 

Titah KYDMM Agong pada 18 Ogos 2021

Bagaimanapun, Perikatan Nasional telah memanipulasi isu tersebut dengan menggunakan kenyataan pakar undang-undang dan segelintir pensyarah untuk memastikan tiada sebarang ‘Undi Percaya’ dilakukan.

 

 

baca – PN BBC Portal

PAS SEKARANG BUKAN LAGI PAS YANG DAHULU

PAS dalam pada itu turut sama memainkan tiada keperluan keabsahan PM dilakukan di Parlimen kelak. Mengapa nada PAS kini semakin berbeza tidak seperti semasa tidak ada kedudukan dalam kabinet?

Perbezaan ketara sikap PAS ini telah lama diperhatikan akar umbi mereka yang makin keliru dengan kepimpinan PAS itu sendiri.



Namun begitu, sikap walaq ahli PAS masih tebal dan mereka tidak berani bersuara dan mengeluarkan kenyataan keras terhadap pemimpin mereka walau dalam hati berbungkam.

baca – Pendirian PAS

 

 

PERIKATAN NASIONAL GENTAR UNDI PERCAYA

Perikatan Nasional sememangnya gentar dengan ‘Undi Percaya’ dalam parlimen. Lihat kembali kepada krisis ketika Muhyiddin Yassin menjadi PM. 

Apabila desakan melakukan undi percaya digerakkan, Muhyiddin terus membuat keputusan meletakkan jawatan kerana tahu akan kalah dalam parlimen.

baca – Muhyiddin Mengaku Ada Sokongan

Mengapa Muhyiddin sendiri takut berdepan ‘Undi Percaya’ sedangkan beliau seringkali menyatakan mempunyai sokongan kuat?

Jelas sekali ‘nyawa’ Perikatan Nasional hanyalah bergantung kepada UMNO dan PAS namun mereka enggan mengakuinya kerana sikap ego pemimpin PN.

 

 

BEBAN BERJAYA DIPINDAHKAN

Kini beban telah berpindah kepada UMNO dan Perikatan Nasional cuba ‘berlakon’ menyokong Ismail Sabri sedangkan hakikat sebenar politik tidaklah sedemikian.

Langkah Ismail Sabri yang bertindak bijak dengan memanggil pembangkang untuk bertemu telah mendapat sokongan dalam parlimen agak mengejutkan Perikatan Nasional.

Secara tidak langsung sekiranya Perikatan Nasional tidak memberi undi kepada Ismail Sabri kelak, beliau telah mempunyai sokongan dari pembangkang sekaligus mengesahkan keabsahannya tanpa perlu bergantung kepada PN.

ASAS PENUBUHAN PPBM IALAH ‘KUBURKAN UMNO’

Asas kewujudan PPBM sendiri mengesahkan mereka mahu menguburkan UMNO dan menjadi parti paling dominan untuk orang Melayu.

Tidak mungkin tiada langsung dendam PPBM terhadap UMNO yang pada pandangan mereka menjadi antara punca tumbangnya Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Dalam politik, semua kemungkinan perlu diambil kira untuk survival parti dan tidak mustahil Perikatan Nasional mengintai peluang untuk menyekat kemaraan UMNO kembali menguasai Putrajaya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker