Siapa “sumber” CNA yang mendahului kenyataan rasmi Kerajaan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa "sumber" CNA yang mendahului kenyataan rasmi Kerajaan?

Hari ini sebuah portal berita, Channel News Asia-CNA mengeluarkan berita berkaitan pengampunan Najib Razak. Agak pelik apabila portal yang beribu pejabat di Singapura mendahului kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia dan memetik mereka merujuk kepada “sumber” yang tidak dinyatakan.

Apa keistimewaan CNA untuk mengeluarkan berita seumpama mereka berada bersama dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan?

Lebih penting, siapakah “sumber” yang menjadi petualang kepada kerajaan apabila membocorkan rahsia Kerajaan Malaysia terutama kepada pihak luar?

Siapa "sumber" CNA yang mendahului kenyataan rasmi Kerajaan?
Petikan berita Channel News Asia

Bagaimana CNA sebagai organisasi luar lebih ‘mengetahui’ apa keputusan Lembaga Pengampunan?

Sudah pasti sebagai sebuah organisasi berita, CNA akan mempertahankan kebebasan mereka dalam penyiaran berita. Tetapi, tindakan CNA sebenarnya mengundang kepada kemungkinan berlaku berita palsu dan ini boleh memudaratkan keadaan.

Semalam, sebuah akhbar dalam talian telah menggemparkan seluruh negara dengan berita pembebasan najib Razak namun ia telah ditarik balik selepas mendapati maklumat tersebut salah dan mendahului kenyataan rasmi Kerajaan.

Former Malaysian prime minister Najib Razak’s jail sentence for corruption has been reduced from 12 to six years by the Pardons Board following its meeting on Monday (Jan 29), sources including senior government officials told CNA. – Laporan CNA 31/1/2024

Apa bezanya CNA dengan Utusan dalam hal ini? Adakah kerana CNA adalah organisasi berita dari luar negara maka diizinkan untuk membuat kenyataan pra-matang dan tidak diberikan sebarang amaran?

Jangan ada “double standard” kepada media samada dalam atau luar negara apabila membuat liputan berkaitan keputusan rasmi membabitkan Kerajaan Malaysia.

 

Siapa "sumber" CNA yang mendahului kenyataan rasmi Kerajaan?
Petikan dari Channel News Asia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker