Tanah runtuh di kawasan penerokaan haram

Oleh – Syeikh Baran


Tanah runtuh di kawasan penerokaan haram
Wan Rosdy berkesempatan membayar cukai tanah sempena Moh Karnival Lipis di Dataran Orang Kaya Haji, di Lipis, hari ini.

Semua pihak diseru mengambil iktibar daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan kebun yang diteroka secara haram.



Menurutnya, kerajaan negeri telah melaksanakan penguatkuasaan yang sewajarnya, namun kejadian itu berlaku di kawasan terpencil.

“Mereka (mangsa) meneroka tanah secara haram, kita sudah kuat kuasa, tetapi mereka tetap teroka tanah di situ.

“Kegiatan mereka ini (teroka tanah) ini di luar pengetahuan kita, jadi macam mana kita hendak ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Moh Karnival Lipis di Dataran Orang Kaya Haji di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penduduk agar tidak meneroka tanah kerajaan dengan sesuka hati bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.



“Saya menyeru rakyat mengambil ikhtibar daripada kejadian ini. Jangan teroka tanah secara haram kerana ia merupakan satu kesalahan,”ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button