Gangguan seksual: Polis rakam keterangan suspek yang juga pelajar

Gangguan seksual: Polis rakam keterangan suspek yang juga pelajar

Gangguan seksual: Polis rakam keterangan suspek yang juga pelajar
Mangsa menerima ugutan rogol dan dipukul pada bahagian dada oleh seorang pelajar lelaki tingkatan dua sekolah yang sama. – Foto hiasan

SHAH ALAM: Polis merakam keterangan suspek yang disyaki terbabit kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan dari mangsa berhubung kejadian terbabit pada 15 Disember, pada jam 2.02 petang.

“Siasatan mendapati, mangsa seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah kerajaan di sini.

“Mangsa menerima ugutan rogol dan dipukul pada bahagian dada oleh seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dikenali daripada sekolah yang sama.

“Mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) bagi kecederaan yang dialaminya.

“Suspek sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Gangguan seksual: Polis rakam keterangan suspek yang juga pelajar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker