23 GRO antara 49 ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan

23 GRO antara 49 ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan

23 GRO antara 49 ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan
Tangkapan dalam serbuan di dua pusat hiburan di sekitar Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. – Foto Ihsan Facebook Polis KL

Kuala Lumpur: Polis menahan 49 orang termasuk 23 gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua pusat hiburan di sekitar Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala LUmp[ur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, susulan maklumat awam mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah dan penggunaan warga asing sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.

Polis Kuala Lumpur melalui dalam Facebook rasmi memaklumkan, selain 23 GRO, turut ditahan 21 yang lain kerana positif dadah, tiga pekerja warga asing dan dua penjaga premis.

“Selain tangkapan membabitkan usia antara 20 hingga 50 tahun, polis turut merampas pelbagai peralatan hiburan di dalam premis seperti pembesar suara dan mikrofon.

“Hasil siasatan mendapati semua 21 pengunjung yang positif dadah mendapatkan bekalan bahan terlarang itu dari luar sebelum datang berhibur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan


“Bagi 23 GRO warga asing pula, semakan mendapati mereka datang ke Malaysia dalam tempoh antara seminggu hingga sebulan lalu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Sek 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan.

23 GRO antara 49 ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker