Maggi Goreng Basah

Maggi Goreng Basah

Maggi Goreng Basah
Maggi Goreng Basah

Menu kali ini, menu mesra orang bujang, menu lapar di malam hari, atau bila taktau nk masak apa, Che Nom nak share resepi Maggi Goreng Basah. Mee maggi yang kering kita celur sekejap cukup sekadar terlerai, tak perlu lembut sangat.

Kemudian kita goreng maggi dengan bahan-bahan tumisan, macam ayam dan seafood dan juga sayur yang dimasak sedikit berkuah baru lah nanti jadi maggi goreng basah. Bahan-bahan dalam video ni kalau rasa banyk sangat boleh aja adjust ikut citarasa masing-masing. Boleh kurangkan bahan, atau tambah mana yang anda suka.

Yang penting sekali, maggi perlu dimasukkan saat akhir supaya tidak terlalu kembang jadinyadan tak cepat sangat serap kuah bila makan. Ada rasa kuah basah-basah sikit tu , perah pula dengan limau nipis bila makan, memang terbaik.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 2 bungkus mee segera Kari
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 ½ sudu besar cili kisar
    • 1 ketul isi ayam
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 6-8 ekor udang
    • Sayur sawi
    • Sedikit kubis cina
    • 1-2 cawan air
    • Kicap secukup rasa
    • 1 biji tomato
    • 4 tangkai cili padi
    • Daun bawang
    • Limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara:
    1. Potong bawang putih, tomato, sayur sawi (asingkan batang dan daun), cili padi, kubis cina, daun bawang dan isi ayam.
    2. Celur maggi dalam air mendidih sekejap (agak-agak lembut terlerai). Kemudian bilas dengan air sejuk (untuk stop proses masak).
    3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
    4. Bila bawang naik bau, masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
    5. Masukkan isi ayam, serbuk lada putih dan kacau separuh masak
    6. Masuk sos cili, sos tomato dan sos tiram.
    7. Masukkan batang sawi dan kubis (bahagian keras).
    8. Masukkan udang (pilihan) dan serbuk perencah maggi.
    9. Tuang air, kicap pekat manis dan maggi yang dah celur tadi.
    10. Masukkan tomato, daun sawi dan daun kubis cina.
    11. Boleh adjust dengan air, kicap dan garam.
    12. Masukkan cili padi.
    13. Hidang dengan taburan daun bawang dan limau nipis

Tip:

  • Bilas maggi dengan air sejuk selepas celur (untuk stop proses masak) supaya maggi tak terlalu kembang bila goreng.

 

Mee Goreng Daging Basah

Maggi Goreng Basah

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker