RM730,000 nilai kerugian ditipu ‘scammer’ menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan

RM730,000 nilai kerugian ditipu ‘scammer’ menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan

RM730,000 nilai kerugian ditipu 'scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. – BERNAMA/FOTO FAIL

KUALA LUMPUR: Menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk memperdaya mangsa membabitkan kerugian RM729,995.20.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, nilai kerugian itu daripada 25 laporan polis yang diterima sejak Januari lalu.

“Modus operandi digunakan, mangsa menerima panggilan daripada individu mengaku pegawai NSRC yang mahu membatalkan nombor telefon mangsa, kononnya terdapat aduan nombor mangsa menghantar pautan haram serta mesej penipuan.



“Bagi tujuan siasatan, panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar pegawai polis. Mangsa diminta mengikut arahan diberi sehinggalah akhirnya membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ramli berkata, sebarang panggilan mendakwa daripada NSRC adalah satu penipuan dan orang ramai yang menjadi mangsa segera membuat laporan dengan menghubungi pusat berkenaan di talian 997.

“Laporan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam supaya peluang untuk sekat wang yang dipindahkan lebih tinggi,” katanya turut mengingatkan orang ramai tidak mudah panik dan percaya jika dihubungi individu tidak dikenali, sebaliknya menyemak dengan agensi berkaitan bagi memastikan kesahihan.

RM730,000 nilai kerugian ditipu ‘scammer’ menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading