Rugi RM800,000 terpedaya pelaburan kripto tak wujud

Oleh – Syeikh Baran

Rugi RM800,000 terpedaya pelaburan kripto tak wujud
Foto Hiasan

Bekas pekerja sebuah institusi kewangan kerugian RM800,000 selepas terpedaya dengan pelaburan kripto tidak wujud yang kononnya menjanjikan pulangan AS$5 juta (RM23.65 juta).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, wanita berusia awal 70-an tertarik dengan pelaburan kononnya dikendalikan syarikat dikenali ‘Accerx’ berpangkalan di Hong Kong selepas mengetahuinya melalui Facebook.

“Selepas menekan pautan diberi, nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘X-4 Beacon pasaran saham secara automatik.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita yang kononnya wakil syarikat sebelum diberi penerangan mengenai pelaburan yang menjanjikan keuntungan 20 hingga 30 kali ganda itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mancha berkata, mangsa bersetuju membeli beberapa ‘coin’ dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) secara berperingkat dan diberikan ID bagi membolehkannya mengakses laman web untuk membuat pelaburan dan memantau keuntungan.

“Mangsa melakukan empat transaksi pembayaran berjumlah kira-kira RM800,000 melalui pemindahan wang secara dalam talian, mesin deposit tunai dan kaunter bank ke dua akaun bank atas nama syarikat tidak dikenali pada penghujung bulan ini.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan kira-kira AS$5 juta, malah suspek meminta mangsa membuat bayaran cukai berjumlah RM1.2 juta sekiranya ingin mengeluarkan wang pelaburan dan keuntungan itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan kerana menipu dengan cara mendorong supaya harta diserahkan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak kurang setahun atau 10 tahun serta sebatan. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button