Pulau kecil cari dua warden

Pulau kecil cari dua warden

Pulau kecil cari dua warden
PULAU Bardsey. FOTO Agensi

London: Pemilik pulau di Wales mencari dua warden penginapan untuk tinggal dan bekerja di sana, dengan menawarkan bayaran 11.44 pound sterling (kira-kira RM67) sejam.

Portal Sky News melaporkan, warden penginapan di Pulau Bardsey (Ynys Enlli) di luar pantai Semenanjung Llyn di Wales Utara, akan menikmati faedah termasuk satu perjalanan bot ke tanah besar setiap bulan.

Faedah lain termasuk ruang penanaman makanan berkongsi dan sambungan internet.



Pulau seluas 0.69 batu persegi (kira-kira 1.7 kilometer persegi) itu dihuni 11 orang.

Pulau itu yang mempunyai bekalan elektrik terhad dihubungkan oleh panel solar.

Pulau kecil cari dua warden

 

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button