Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?

Oleh – Bakhtiar Omar


 

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?

Tandatanya tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan di peringkat pusat semakin menjadi tajuk utama politik hari ini.

Sekiranya benar Perikatan Nasional sudah mempunyai jumlah sokongan yang cukup kuat, sewajarnya mereka berurusan secara baik untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Bagaimanapun, sejak diumumkan kerajaan akan bertukar pada Ogos 2023, sehinggalah timbul cerita pelbagai ‘Langkah’, nampaknya Perikatan Nasional sekadar ‘bermimpi siang hari’.

Spekulasi Perikatan Nasional sudah memiliki jumlah mencukupi sokongan ahli parlimen juga digembar-gemburkan bagi menggembirakan penyokong.

Hakikat sebenar yang tidak diketahui penyokong Perikatan Nasional ialah mereka sebenarnya sedang ‘ditipu hidup-hidup’ dengan cerita pertukaran kerajaan.

Walau banyak perbincangan mengenai sokongan ahli parlimen dibincangkan dalam pelbagai ruangan forum termasuk TikTok, masih tiada impak yang nampak jelas dari semua itu.

Yang semakin jelas kelihatan ialah kecelaruan antara pemimpin, penyokong, tukang tulis skrip dan tukang canang cerita.

Penglipurlara nampak terlalu yakin bercerita kerajaan akan bertukar dengan memberi tarikh-tarikh tertentu dan mengaitkan nama-nama tertentu.

Pelbagai teori dikemukakan termasuk meminta pandangan peguam yang berbincang mengenai kelemahan Akta Anti Lompat Parti yang boleh dimanipulasi.

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?

Apabila semua perancangan menemui jalan buntu, ada kalangan pemimpin tertentu ibarat ‘cacing kepanasan’. Ada kalangan pemimpin tertentu mahu kerajaan bertukar bagi menyelamatkan ‘tengkuk’ dari diheret ke Mahkamah atas dakwaan pelbagai kesalahan.

Bukan sahaja dari Perikatan Nasional, malah pemimpin yang dikatakan akan menyokong Perikatan Nasional turut menerima tempias ‘kepanasan’ kegagalan perancangan tersebut.

Kedengaran ada kalangan mereka sudah meng’AKTIF’kan ‘Langkah Seribu’ bagi memastikan mereka selamat dan tidak dikenakan sebarang siasatan atau tindakan Undang-Undang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker