Calon AMANAH dakwa sudah laksana 10 manifesto PH

Penyandang dan calon AMANAH untuk DUN Maharani, Pn Norhayati Bachok mendakwa selama 22 bulan PH memerintah manifesto PH telah dilaksanakan di Johor.

Beliau juga menyatakan selama berlakunya pandemik covid-19, beliau telah melaksanakan yang terbaik untuk Dun Maharani bersama rakan-rakan Pakatan Harapan.

Apabila ditanya mengenai pandangan skeptikal AMANAH yang sering dikatakan sebagai tunggangan DAP, Norhayati menolak persepsi tersebut.

Beliau menjelaskan dalam PH terdapat rakan-rakan komponen yang lain dan yang terbaru MUDA yang bersama dalam perjuangan mereka.



Norhayati juga yakin mereka akan menambah jumlah kerusi menang dalam PRN Johor memandangkan kini MUDA bersama dengan mereka selain PKR dan DAP.

Beliau menjelaskan manifesto PH yang kini dikenali sebagai tawaran bagi meraih sokongan pengundi di PRN Johor.

Calon Dun Maharani juga menjelaskan beliau masih belum puas kerana belum dapat memenuhi manifesto Pru14 yang sepatutnya dilaksanakan beliau.

Oleh demikian beliau mahu pengundi Maharani agar memberi undi kepada PH agar beliau dapat memenuhi manifesto PH yang masih tertangguh.



Menjawap persoalan mengenai penggunaan lambang PKR yang nampak membelakangkan lambang PH, Norhayati memilih menjawap dengan berhati-hati.

Beliau menyatakan tiada kekeliruan yang timbul apabila PKR tidak bersama dengan AMANAH dan DAP yang kekal menggunakan lambang PH.

Mengakhiri pertemuan, Norhayati merayu undi dari pengundi untuk diberikan peluang sekali lagi berkhidmat kepada pengundi Maharani.

Salahuddin Ayub bakal kalah di Simpang Jeram

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker