Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu…

Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu

Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu…

 

Pada 29 November 2023, mahkamah membuat keputusan untuk memulangkan semula secara sementara paspot antarabangsa Muhyiddin Yasin.

Namun atas perintah mahkamah, Muhyiddin mesti memulangkan semula paspot antarabangsa beliau pada 15 Januari 2024.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas menolak permohonan Muhyiddin supaya paspot beliau dipulangkan semula secara kekal tanpa syarat.

Alasan yang diberikan Muhyiddin untuk mendapatkan semula paspot antarabangsa beliau adalah sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarganya ke London.

Beliau juga memberikan alasan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

Selain itu, tiada risiko untuk melarikan diri kerana memegang jawatan penting seperti ahli parlimen Pagoh, presiden PPBM dan pengerusi PN.

Namun, mahkamah menolaknya kerana Muhyiddin masih lagi menghadapi 3 pertuduhan di bawah AMLA yang melibatkan dana RM200 juta.

Pada pendapat penulis, mahkamah sudah cukup bertimbangrasa dan berlaku adil kepada Muhyiddin apabila memulangkan secara sementara paspot antarabangsa beliau.

Tetapi hingga ke hari ini, 17 Januari 2024, masih belum kelihatan kelibat atau laporan yang Muhyiddin sudah memulangkan paspot antarabangsa beliau kepada mahkamah.

@acik.mantera

♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

Ke manakah menghilangnya Muhyiddin?

Adakah beliau sudah membuat permohonan untuk melanjutkan tarikh pemulangan paspot antarabangsa beliau?

Atau apakah sekarang ini Muhyiddin masih lagi berada di luar negara?

Kalau masih di luar negara, mengapa beliau masih lagi tidak balik ke Malaysia dam memulangkan semula paspot antarabangsa beliau?

Mungkinkah beliau sudah berjumpa dengan menantu beliau, Adlan Berhan, yang hidup dalam pelarian?

Kalau benar mereka berjumpa, apa pula yang mereka bincang dan rancangkan?

Rasanya elok juga difilemkan satu lagi dokumentari Man On The Run 2.0.

Tahukan, siapa yang dimaksudkan.

Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker