Tarik syarikat tempatan, multinasional Singapura

ITarik syarikat tempatan, multinasional Singapura

Tarik syarikat tempatan, multinasional Singapura
INISIATIF yang digariskan di bawah projek JS-SEZ membantu memudahkan pergerakan di kedua-dua arah.

Kuala Lumpur: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menarik syarikat tempatan dan multinasional di Singapura mengembangkan operasi di Johor.

Ini kerana inisiatif yang digariskan di bawah projek itu membantu memudahkan pergerakan di kedua-dua arah melalui penubuhan pusat sehenti bagi permohonan dan kelulusan untuk lesen, pelaksanaan sistem kod QR di kedua-dua pihak bagi pelepasan orang ramai di pusat pemeriksaan dan pelaksanaan proses digital bagi tujuan pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat.

RHB Investment Bank berkata, pihaknya difahamkan bahawa pelaburan baharu yang akan beroperasi di taman-taman perindustrian lain (di luar kawasan JS-SEZ) boleh memohon untuk mendapatkan skim bantuan di bawah sistem baharu selagi mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.



Dalam satu nota penyelidikan, ia berkata UEM Sunrise, Sunway, IOI Properties dan AME Elite Consortium antara pemaju hartanah yang akan meraih manfaat daripada pertumbuhan kukuh sektor itu di Johor.

Mengenai potensi lokasi JS-SEZ, ia berkata memandangkan kedua-dua kerajaan menekankan isu kelancaran pergerakan orang ramai dan kargo, ia percaya lokasi JS-SEZ berkemungkinan berhampiran dengan sempadan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali




UEM Sunrise dan Sunway, yang masing-masing memiliki 944.53 hektar dan 716.29 hektar tanah berhampiran Tuas, dijangka menjadi penerima manfaat terbesar memandangkan pertumbuhan ekonomi Johor diunjurkan kukuh pada tahun-tahun akan datang.

AME Elite Consortium, pemaju industri terkemuka di Iskandar Malaysia, IOI Properties dan Eco World, yang mempunyai taman perindustrian/perniagaan masing-masing di Johor, juga dilihat akan meraih manfaat daripada kemasukan pelaburan dari Singapura.

Tarik syarikat tempatan, multinasional Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button