COVID : Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura

28/01/2021 01:53 AM

SINGAPURA, 27 Jan — Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 26 tahun adalah antara tiga kes import baharu bergejala yang dilaporkan di Singapura hari ini, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Dilabelkan sebagai Kes 59676, pemegang permit kerja itu tiba di sini dari negara asalnya, kata kementerian itu dalam data lengkap yang dikeluarkannya malam ini.

Setakat 12 tengah hari, hari ini Singapura merekodkan 25 kes import baharu dengan 22 daripadanya tidak bergejala sementara tiga lagi bergejala.

Lain-lain kes import adalah dari India, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu.

Tiada penularan jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,391 kes.

Kementerian itu berkata kesemua 25 kes import sudah dikenakan Notis Duduk di Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Tiada kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster keseluruhan kekal enam.

Setakat ini, 29 orang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di sini.

Wanita Malaysia antara 41 kes import COVID-19 tidak bergejala di Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker