Polis tahan 10 ejen pertaruhan Piala Dunia 2022

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 10 individu yang bertindak sebagai ejen pertaruhan Piala Dunia 2022 sejak Isnin hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata suspek ditahan dalam 10 serbuan di negeri ini menerusi operasi Op Soga IX.

Katanya, suspek lelaki yang ditahan berusia antara 22 hingga 43 tahun.

“Had nilai kredit keseluruhan mencecah lebih RM1.059 juta, manakala wang tunai yang dirampas berjumlah RM9,730.



“Kita turut merampas 10 telefon bimbit termasuk kad sim dan sebuah buku memo pad yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua tahanan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(3), Seksyen 6(1) dan Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953.

Kamarul Zaman berkata, Op Soga IX itu diadakan bagi membanteras gejala perjudian dan pertaruhan membabitkan kejohanan Piala Dunia itu.

“Fokus utama operasi khas ini adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh sempena Kejohanan FIFA World Cup Qatar 2022 bagi menahan individu yang bertindak sebagai bookie atau ‘punter’ dan juga tempat menjalankan judi bola sepak.



“Pelaksanaan penugasan Op Soga IX ini merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertaruhan 1953,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker