Selamatkan Malaysia Dari Penghasut Tua

Selamatkan Malaysia Dari Penghasut Tua

Selamatkan Malaysia Dari Penghasut Tua

Sejarah dunia mencatatkan banyak negara di dunia yang menghadapi krisis politik mampu bangun kembali.

Contoh terdekat adalah negara jiran kita, Indonesia.

Indonesia pernah mengalami beberapa krisis politik yang cukup kronik, tetapi kini pembangunan Indonesia sudah jauh meninggalkan kita.

Faktor yang paling utama adalah rakyat.

Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai tohmahan dan fitnah ahli politik penghasut yang rakus kepada kekayaan dan kuasa.

Suara rakyat adalah kuasa keramat.

Selicik mana pun ahli politik cuba mendoktrinkan rakyat, tetapi sekiranya rakyat bijak memilih dan membezakan antara yang hak dan yang batil, mereka akan gagal.

Sejak tahun 2018, negara kita menghadapi pelbagai krisis politik.

Perebutan terhadap kuasa menjadi agenda utama ahli politik sehingga kita mencatatkan sejarah mempunyai 3 perdana menteri dan 3 kerajaan dalam satu penggal.

Akibatnya, pembangunan negara diabaikan, rakyat dibiarkan bersendirian mengharungi penderitaan hidup.

Ketika itu rakyat hanya mampu melihat bagaimana ahli politik saling bercakaran.

Titah dan nasihat dari YDP Agong serta Raja Raja Melayu tidak mereka endahkan.

Kita mengharapkan agar segala percaturan politik akan berakhir sebaik sahaja tamat PRU 15.

Tetapi ternyata harapan kita sekali lagi dikecewakan apabila ahli politik yang gagal mendapatkan kuasa sekali lagi menaburkan hasutan dan fitnah mereka.

Suhu politik yang sudah mula menurun sebaik sahaja kerajaan baharu dibentuk, cuba dihangatkan kembali.

Benamkan Penghasut Tua Dari Dunia Politik Tanah Air

Sudah jelas lagi bersuluh, matlamat mereka adalah untuk menyelamatkan diri dari dipertanggungjawabkan atas segala kebobrokan yang mereka lakukan waktu berkuasa.

Rakyat jangan lagi mudah termakan dengan hasutan mereka yang jelas tidak berasas.

Maruah dan harga diri kita jangan lagi digadaikan dengan hanya beberapa ratus ringgit yang diberi ketika menjelang pilihanraya.

Maruah dan harga diri kita jauh lebih tinggi dari itu.

Ingat, penghasut tua inilah yang telah menyebabkan hutang negara meningkat sehingga ke angka RM1.5 trilion.

Penghasut tua inilah juga yang menyebabkan kita terpaksa menaikkan bendera putih demi sesuap nasi.

Mereka jugalah yang menyebabkan ribuan rakan-rakan kita membunuh diri kerana tekanan hidup.

Serta mereka jugalah yang telah menyebabkan saudara kita di Memali terkorban dan jenazah mereka tidak diuruskan dengan sempurna.

Ayuh kita bersama-sama dengan pihak yang benar-benar mahu membangunkan negara dan kita benamkan penghasut tua ini dari dunia politik.

 

Selamatkan Malaysia Dari Penghasut Tua

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker