Mydin tawar ganjaran tunai RM6.6 juta

Mydin tawar ganjaran tunai RM6.6 juta

Mydin tawar ganjaran tunai RM6.6 juta
Ameer (tiga dari kiri) dan Fahmi (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama. – FOTO NSTP/Ahmad Hasbi

Seremban: Rangkaian Pasar Raya Mydin menawarkan penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai bernilai RM6.6 juta menerusi Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama yang dilancarkan semalam.

Kempen sehingga 31 Oktober depan itu turut dilancarkan bersama Program Semarak Gemilang Malaysia Madani yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya menawarkan sebanyak 660 mata ganjaran Meriah bagi pelanggan yang mendaftar kad Meriah di samping turut mendapat hadiah istimewa.



“Pelanggan Mydin Online juga turut akan menerima e-baucar bernilai RM6 dengan menggunakan kod MYDINRM6.

Menurutnya, melalui kempen ‘Belanja & Fuel Good’ dengan kerjasama Setel, pelanggan yang berbelanja minimum RM120 menggunakan aplikasi itu akan menerima baucar Setel bernilai RM6.60.

“Bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran secara digital, pelanggan yang menggunakan MyDebit berpeluang memenangi baucar Mydin bernilai sehingga RM280,000 bagi setiap pembelian RM66 dan ke atas dalam satu resit.



“Di samping itu, pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak menggunakan mod pembayaran e-dompet boleh merebut pulangan tunai dan hadiah dengan jumlah keseluruhan RM366,000,” katanya.

Dalam pada itu, Ameer berkata, Mydin turut mengumumkan diskaun istimewa kepada petugas media di seluruh negara yang akan diumumkan di sosial media rasmi MYDIN Malaysia dalam masa terdekat.

Mydin tawar ganjaran tunai RM6.6 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker