Ramadan di set penggambaran

Ramadan di set penggambaran

Ramadan di set penggambaran
Erysha Emyra. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Ramadan menjadi bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Bagi pelakon, Erysha Emyra, kehadiran Ramadan tahun ini tentunya akan meninggalkan kenangan berbeza buatnya.

Sambutan Ramadan tahun ini lebih manis buat pelakon berusia 25 tahun ini kerana dia bersama bapa serta ibu tiri meraikannya di Tanah Suci dan pada masa sama, menunaikan ibadah umrah.

“Saya berpuasa selama kira-kira tiga hari di Tanah Suci. Kali ini, saya ke sana dengan ayah dan ibu tiri. Sebelum ini, saya dah pernah ke sana, tapi, ini kali pertama saya ke Makkah ketika Ramadan dan meraikan puasa,” katanya.



Selepas pulang dari Makkah, anak kepada pelakon veteran, Datin Seri Noniswara Baharuddin ini juga akan memulakan semula kerja lakonannya untuk satu drama baharu.

“Daripada segi lakonan, selepas menunaikan umrah, saya akan terus masuk ke set.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salam RM5 @ 1USD Realiti Atau Ilusi?


“Saya akan terbabit dalam satu drama baharu yang akan diumumkan nanti. Penggambaran berlangsung pada Ramadan sehingga Mei,” katanya.

Berkongsi kenangan Ramadannya sejak bergelar anak seni, Erysha atau nama penuhnya Nur Erysha Emyra Zakaria berkata, ini bukanlah Ramadan pertama yang perlu diraikan di set penggambaran.



“Kalau nak ikutkan, kemunculan saya dalam TV kurang setahun. Tapi, dah mulakan penggambaran sejak dua tahun lalu dan saya pernah menjalani penggambaran ketika Ramadan.

“Setakat ini, Ramadan saya okey lagi dan tak ada benda-benda yang terlalu berat sehingga menyebabkan saya tak mampu berpuasa dan sebagainya.

“Cumanya, solat Tarawih sahaja yang mungkin ada yang ketinggalan sedikit sebab keluarga saya jenis yang suka berbuka dan menunaikan solat Tarawih beramai-ramai di rumah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gelombang Perpindahan Ahli PPBM, Kenapa PAS Tidak Menjadi Pilihan?


Selain itu, Erysha turut berkongsi keadaan ibunya yang baru selesai menjalani edah selepas kematian suaminya, Allahyarham Datuk Seri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

“Ibu saya baru habis edah beberapa minggu selepas tiga bulan. Dia okey, alhamdulillah. Dia pun dah lama duduk di rumah. Jadi, dah masanya untuk dia keluar bertemu kawan-kawan.

“Ibu saya okey. Dia tabah dan seorang wanita kuat. Seorang ibu yang kehilangan suami, jadi, saya sebagai anak sentiasa ada untuk dia.

“Cuma, sewaktu bapa tiri saya meninggal dunia, saya terpaksa terus masuk set. Jadi, saya tak berkesempatan nak luangkan banyak masa dengan dia, tapi kami selalu berhubung menerusi panggilan telefon,” katanya.

Terbaharu, Erysha kini dilantik sebagai duta untuk Kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 di samping barisan artis lain termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman dan Qasrina Karim.

Berbicara mengenai kisah cinta pula, Erysha mengakui dia masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana tidak mahu fokus kerjaya seninya terganggu.

Menurutnya, tumpuannya buat masa ini hanya kerjaya dan keluarga.

“Hendak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.

“Saya masih sangat baharu dalam industri jadi fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja,” kata Erysha yang pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Hun Haqeem selepas sama-sama terbabit dalam drama Chinta Wrong Direction pada tahun lalu.

Jelas Erysha lagi, hubungannya dengan Hun hanya kawan sahaja di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerja bersama dalam tempoh yang lama.

Ramadan di set penggambaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker