Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang dekat Greece

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang dekat Greece

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang dekat Greece
Kapal dipenuhi migran menuju Eropah. – Foto REUTERS

ATHENS: Sebuah kapal pengangkut menyelamatkan 68 pendatang dari sebuah bot yang mengalami kecemasan di luar pulau Kalymnos di Greece pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Greece.

Mereka belayar dari pantai Turkiye, lapor rangkaian TV MEGA, memetik pengawal pantai.

Semua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai dan kemudiannya belayar ke pulau Leros Laut Aegean berdekatan, tempat kem pendaftaran untuk pelarian dan pendatang yang memasuki negara itu secara haram.

Penyeludup manusia kerap membawa pendatang menggunakan jalan laut berbahaya dari Turkiye dan negara Afrika Utara ke negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Cyprus dan Itali.

Rabu lalu, kira-kira 500 orang lemas apabila bot nelayan karam di perairan antarabangsa berhampiran wilayah Peloponnese di selatan Greece. – BERNAMA-dpa

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang dekat Greece


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker