Trump akan keluarkan Sudan daripada senarai Penaja Keganasan

WASHINGTON, 20 Okt — Presiden Donald Trump pada Isnin berkata akan mengeluarkan Sudan daripada senarai Penaja Keganasan, selepas negara itu membayar US$335 juta kepada mangsa terdiri daripada rakyat Amerika, lapor agensi berita Xinhua.

“Berita HEBAT! Kerajaan baharu Sudan, sudah membuat kemajuan besar, bersetuju membayar US$335 JUTA kepada keluarga Amerika yang menjadi mangsa pengganas. Akhirnya, KEADILAN untuk orang Amerika dan langkah BESAR untuk Sudan!,” kata Trump di akaun Twitternya.

Memetik pegawai Amerika Syarikat (AS), mengeluarkan Sudan daripada senarai itu membuka jalan kepada pemulihan hubungan antara negara Arab dan Israel, yang menurut Trump sebagai satu lagi pencapaian dasar luarnya menjelang pilihan raya presiden tidak lama lagi.



Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok pada Ogos mendesak pentadbiran AS mengeluarkan negara ini daripada senarai berkenaan.

Pada 1993, AS menyenaraikan Sudan sebagai antara negara menaja keganasan.

Sejak bekas Presiden Sudan, Omar al-Bashir, digulingkan pada April 2019, hubungan antara Khartoum dan Washington dilihat semakin pulih walaupun terdapat banyak isu belum selesai.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker