PRN Melaka – Rajin bukan jaminan jadi calon, jangan letak syarat untuk jadi calon PH

Norhizam Hassan Baktee

Konflik pemilihan calon mula melanda Pakatan Harapan menjelang penamaan calon Pilihanraya Negeri Melaka.

“Rajin bukan jaminan jadi calon, mereka (yang jadi calon) juga tidak boleh meletakkan syarat kepada kita (PH)” – Adly Zahari

Mengulas mengenai Norhizam Hassan Baktee, Adly tidak menolak kerajinan bekas Adun Pengkalan Batu menyelesaikan masalah rakyat sangat baik.



 

 

Bagaimanapun, PH meletakkan satu garisan kepada bakal calon yang mahu mewakili Pakatan Harapan untuk tidak meletakkan syarat tertentu sebagai calon mereka.

Adly mengakui Pakatan Harapan terbuka menerima sesiapa untuk menjadi calon mereka, nasib malang menimpa Norhizam apabila Setiausaha Agung DAP menolak beliau daripada menjadi calon PH.



Mungkin ada syarat tertentu diletakkan oleh Norhizam yang tidak didedahkan.

Sejarah beliau meninggalkan DAP sehingga menjadi penyebab keruntuhan Kerajaan PH Melaka mungkin menjadi antara sebab mengapa Guan Eng menolak kehadiran kembali Norhizam.

Kemungkinan Pakatan Harapan bergelut dengan krisis kepercayaan rakyat agak menarik untuk dikaji oleh penganalisa politik.

Dalam Pru14, mereka menyandarkan populariti Mahathir dan manifesto untuk menarik undi namun selepas Mahathir tidak lagi bersama, apa lagi sandaran Pakatan Harapan?



PH kekal manifesto Pru14 untuk PRN Melaka – Adly

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button