Dibaham singa ketika mahu berswafoto

Oleh – Syeikh Baran


Dibaham singa ketika mahu berswafoto

Tindakan berbahaya seorang lelaki di India untuk berswafoto dengan singa telah membawa padah apabila dia dibaham haiwan itu ketika memasuki kandangnya di sebuah zoo di Andhra Pradesh.



Mangsa Prahlad Gujjar, 38, berasal dari Alwar, Rajasthan meninggal dunia dalam kejadian di Taman Zoologi Sri Venkateswara, Triputi pada Khamis lalu.

Lelaki berkenaan dikatakan memasuki kandang singa yang dinamakan Dongalpur itu dan cuba mengambil gambar dengannya, yang tiba-tiba haiwan itu menyerang dan membaham Gujjar.

Polis membuka kertas siasatan terhadap kes itu untuk mengenal pasti punca kejadian manakala bedah siasat ke atas mayat mangsa masih dijalankan.

Difahamkan zoo itu mempunyai tiga ekor singa termasuk dua lagi yang dinamakan sebagai Kumar dan Sundari.



Dongalpur yang mula dipamerkan kepada awam Khamis lalu, kini dipindahkan ke sangkar dan dikurung di bawah pemerhatian selepas kejadian itu. – Agensi

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button