Sasar teraju ekonomi Asia

Sasar teraju ekonomi Asia

Sasar teraju ekonomi Asia
ANWAR (tengah) melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) di Menara Miti.

Kuala Lumpur: Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 berperanan penting dalam menyokong kerangka Ekonomi Madani dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, antaranya sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di tangga antara 30 teratas ekonomi terbesar dunia dan 12 teratas bagi daya saing global.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berkata, NIMP 2030 akan menawarkan ekosistem yang sesuai bagi menyokong ekonomi dalam transformasinya sebagai sebuah negara perindustrian berteknologi tinggi, ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Menurutnya pendekatan berasaskan misi dalam NIMP 2030 yang menggalakkan kompleksiti ekonomi lebih tinggi, memanfaatkan teknologi dengan agresif serta diperkuatkan dengan prinsip kemampanan dan keterangkuman, adalah penting pada masa ini untuk mendorong Malaysia ke tahap perindustrian dan pertumbuhan selanjutnya.

“Pelan induk ini tertumpu dalam menggerakkan sektor pembuatan kita terhadap rantaian nilai kepada lebih banyak produk berteknologi tinggi, nilai tambahan tinggi dan kompleks serta membangunkan kemampuan teknologi negara, yang akan berperanan penting menyokong ekonomi pembuatan berteknologi tinggi.

“Ini kemudiannya akan menyediakan peluang pekerjaan lebih baik kepada rakyat Malaysia termasuk golongan belia, dan pada masa sama membangunkan tenaga kerja dari segi kemahiran dan ilmu sebagai memenuhi keperluan tenaga kerja yang lebih berkemahiran tinggi untuk menyokong produk dan perkhidmatan lebih kompleks dan berteknologi tinggi,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dulu Mahathir tunggang DAP, hari ini Mahathir tunggang PAS


FMM berpandangan bahawa pelan induk itu perlu diterjemahkan kepada pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi dan pada masa sama membuka lebih banyak akses pasaran kepada pengilang tempatan termasuk pasaran yang menetapkan keperluan kepada produk dan perkhidmatan yang mematuhi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Menurutnya, dengan bersandarkan pelaksanaan ekosistem yang holistik, tentu sahaja akan menambah daya tarikan Malaysia kepada pelabur asing dan domestik, terutamanya bagi segmen berpandukan teknologi tinggi dan inovasi.

NIMP 2030 juga akan menumpukan perhatian kepada beberapa bidang kritikal ke arah menyokong transformasi ekonomi ke tahap perindustrian yang lebih tinggi, katanya.

Sementara itu, MIDF Research menjangka nisbah nilai tambahan sektor pembuatan Malaysia akan meningkat dengan sokongan penyetempatan input yang lebih luas, penerimagunaan pendekatan berintensifkan modal, melibatkan diri dalam pengeluaran atasan sektor teknologi dan perhatian yang lebih tinggi dalam aktiviti hiliran produk berasaskan komoditi.

“Berbanding dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) (dilancarkan pada 2006), NIMP 2030 melaksanakan satu lagi pendekatan transformasi, beralih daripada pendekatan berasaskan sektor kepada pendekatan berasaskan misi,” katanya.

Sasar teraju ekonomi Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker