MAGERAN & Mahathir, Polemik Alih Isu?

MAGERAN & Mahathir, Polemik Alih Isu
Dr Mahathir

 

Secara tiba-tiba cadangan mewujudkan MAGERAN menjadi perhatian rakyat selepas Tun Mahathir mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Ada netizen dan pemerhati politik yang berpendapat polemik MAGERAN yang ditimbulkan Tun Mahathir hanyalah untuk mengalih isu sebenar.

Memandangkan parti beliau, PEJUANG masih belum diluluskan pendaftaran oleh ROS, Mahathir cuba memberi bayangan beliau paling layak mengetuai pembentukan MAGERAN.

Sejarah pembentukan MAGERAN

  • Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung.
  • Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149. MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971.
  • MAGERAN dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.[1]

 

  • MAGERAN
    MAGERAN

 

Sumber – https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negara

Netizen turut membandingkan kegagalan Mahathir mengurus tadbir negara selepas 8 Mei 2018 yang menyaksikan keruntuhan Pakatan Harapan.

Bukan itu sahaja, bila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih untuk tidak lagi bersama Pakatan Harapan, Mahathir sendiri memilih haluan berbeza.

Apa rasional cadangan Mahathir berkenaan pembentukan MAGERAN ini?

 

Adakah sebab mahu menghalang kemaraan Anwar Ibrahim dari mendapat sokongan di Parlimen?

Jika Anwar menjadi masalah kepada Mahathir, fikirkan semasa mereka (BERSATU) bersama bekerjasama dalam PH.

Saling memuji dan Anwar pula tidak memberi tekanan kepada Mahathir mengenai peralihan kuasa, sebaliknya konflik berlaku dalam PKR itu sendiri.

 

Langkah Sheraton

Natijahnya PKR kehilangan ahli parlimen yang mengangkat kaki dan menyertai BERSATU. Malah kini hampir kesemua yang ‘lari awal’ menjawat jawatan dalam kabinet Perikatan Nasional.

Dalam pada itu, UMNO menyenaraikan tuntutan lebih fleksibel untuk dipertimbangkan. Kepentingan rakyat tetap jadi keutamaan UMNO.

Malah UMNO menyokong agar Parlimen kembali dibuka untuk bersidang memandangkan hampir 100% ahli parlimen telah lengkap mendapat vaksin.

 

Tuntutan UMNO

 

Jajaran Baru PEJUANG – BERSATU?

MAGERAN bukanlah pilihan yang sesuai untuk menangani covid19. Mahathir sebenarnya perlu memikirkan kesesuaian cadangan beliau kepada YDPA.

Adakah Mahathir sebenarnya mahu mengalih isu kegagalan Perikatan Nasional mengurus negara?

 

MAGERAN & Mahathir

 

Jika dahulu gandingan Mahathir – Muhyiddin di bawah BERSATU mampu menawan sekutu lain dalam Pakatan Harapan, tidak mustahil perkara sama boleh berulang.

Jajaran baru gandingan PEJUANG – BERSATU boleh dipertimbangkan bagi mengekalkan penguasaan politik mereka tanpa digugat mana-mana parti.

MAGERAN, Mahathir Tawar Diri Untuk Kepentingan Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker