Mahathir kembali kepada BERSATU jika Umno sertai PN

Oleh – Bakhtiar Omar

 

Pengerusi PEJUANG, Mahathir dijangkakan akan kembali kepada BERSATU sekiranya Umno memutuskan akan menyertai Perikatan Nasional-PN sebagai gabungan.

Mahathir seolah memberi isyarat beliau akan kembali kepada BERSATU selepas memuji Muhyiddin yang memegang janji tidak akan membantu Najib di Mahkamah.

Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku jika pemilihan Umno dilakukan mengikut skrip yang ditentukan ‘broker’ dalam Umno itu sendiri.

 

 

Perancangan rapi untuk memastikan Umno dan Perikatan Nasional bergabung giat dilakukan menerusi propaganda kononnya Umno sendiri tidak mampu ‘survive’ dalam politik sekiranya tidak bersama PN.

Oleh demikian Umno perlu menjadi sebahagian daripada PN bagi memastikan penguasaan ‘Politik Melayu’ terus menjadi acuan negara.

Menyingkirkan kepimpinan sediada Umno memudahkan ‘penaklukan’ masih belum ditonjolkan namun ‘angin kencang’ sedang melanda Umno sekarang.

 

 

Mesyuarat Bahagian Umno seluruh negara akan berlangsung pada Sabtu depan dan pasti akan ada usul  untuk pemilihan dipercepatkan.

 

 

Secara tiba-tiba tular pula draf persetujuan dan menyokong untuk mana-mana Bahagian Umno bersetuju agar pemilihan dipercepatkan.

 

 

Apa tindakan yang akan diambil Umno dengan kewujudan gerakan seperti ini? Adakah akan terus membiarkan ia menjadi parasit dan akhirnya membawa kepada keruntuhan Umno itu sendiri atau terus menongkah arus?

Tindakan tegas perlu diambil oleh kepimpinan Umno terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin yang berjawatan Menteri dalam kabinet.

Sekiranya Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi takut dengan ugutan serta risau kehilangan sokongan sebaiknya bubarkan sahaja Umno dan sertai BERSATU untuk sekali lagi bersama di bawah Mahathir.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker