Arteta anggap keputusan VAR hina, memalukan

Arteta anggap keputusan VAR hina, memalukan

Arteta anggap keputusan VAR hina, memalukan
GORDON (dua dari kanan) turut didakwa berada dalam kedudukan ofsaid ketika meledak jaringan buat Newcastle untuk menewaskan Arsenal 1-0 di St. James Park awal pagi tadi. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyelar Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai satu liga yang hina dan memalukan selepas barisan pengadil termasuk Video Bantuan Pengadil (VAR) membenarkan gol kontroversi Anthony Gordon.

Arteta tidak dapat menahan sabar selepas menyaksikan sendiri tiga kesalahan yang dilakukan Newcastle United dalam satu gerakan sebelum Gordon meledak gol ketika mereka tewas 0-1 di St. James Parks awal pagi tadi.

Menurutnya, gol itu sepatutnya dibatalkan kerana bola hantaran daripada Joe Willock sudah pun keluar daripada kawasan padang dan bek tengahnya, Gabriel Magalhaes ditolak oleh Joelinton selain Gordon juga berada dalam keadaan ofsaid ketika itu.

Selepas mengambil masa yang begitu lama meneliti tiga kesalahan itu, VAR akhirnya memutuskan untuk mengiktiraf gol tersebut, sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan pertama The Gunners dalam kempen EPL musim ini.

Arteta anggap keputusan VAR hina, memalukan
BARISAN pemain Arsenal menunjukkan reaksi kecewa selepas tewas 0-1 hasil jaringan kontroversi Newcastle pada aksi EPL di St. James Park awal pagi tadi. – AFP

“Bagaimana jaringan ini boleh disahkan dalam EPL yang dikatakan liga terbaik di dunia? Ia amat memalukan dengan apa yang telah berlaku.

“Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan. Ia tidak cukup baik. Saya berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada ini.

“Kami tak layak tewas dan anda sendiri boleh melihat sebabnya. Anda tidak boleh membayangkan betapa banyak mesej yang saya terima mengatakan gol ini tidak patut diteruskan,” kata Arteta.

Kekalahan itu menyebabkan The Gunners kini berada di tangga ketiga, ketinggalan tiga mata di Manchester City yang berada di tangga teratas buat seketika sebelum Tottenham Hotspur turun menentang Chelsea awal pagi esok. – AGENSI

Arteta anggap keputusan VAR hina, memalukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker