Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan

Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan

Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan
ELON Musk. FOTO Reuters

Washington: Twitter mengumumkan bahawa ia akan berkongsi pendapatan daripada iklan dengan pencipta kandungan, memperluaskan pengewangan semasa pada platform itu, lapor Sputnik.

“Kami sedang mengembangkan tawaran pengewangan pencipta kami untuk memasukkan perkongsian hasil iklan kepada pencipta kandungan. Ini bermakna pencipta boleh mendapat bahagian dalam hasil iklan bermula daripada balasan kepada hantaran mereka,” menurut Twitter dalam satu kenyataan.

Twitter menambah bahawa pencipta kandungan perlu mempunyai akaun Stripe untuk menerima pembayaran.

Pada April, Twitter mengumumkan pilihan untuk mengewangkan akaun yang membolehkan semua penggunanya memperoleh wang daripada hantaran mereka.

Pemilik syarikat, Elon Musk berkata, pengguna Twitter boleh mengewangkan kandungan mereka dengan membenarkan langganan kepada teks, gambar dan video mereka.

Twitter umum kongsi pendapatan iklan dengan pencipta kandungan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker