MP Putrajaya Yang Mudah Lupa

MP Putrajaya Yang Mudah Lupa

MP Putrajaya Yang Mudah Lupa

Ahli parlimen Putrajaya, Radzi Jidin mengamuk dan koyak selepas mendapat sindiran keras dari perdana menteri, Anwar Ibrahim.

Anwar ketika itu sedang memberikan penerangan mengenai isu keputusan mahkamah memberikan DNAA (lepas tanpa bebas) kepada DS Zahid Hamidi.

“Apa yang dibincangkan di antara saya dengan peguam negara sebelum ini, Idrus Harun, dibangkitkan oleh ahli parlimen Larut”.

“Apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding mahkamah membabitkan DS Zahid, saya bertanya kepada Idrus”.

“Saya bukan berbincang mengenai keputusannya (menghentikan prosiding)”.

“Saya tanya alasan, minta penjelasan dan can you defend it (adakah kamu boleh mempertahankan keputusan tersebut)?”.

Ketika itu Radzi ketawa apabila mendengar kata-kata Anwar.

“You belah gelak, you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu”.

“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” dakwa Anwar.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Anwar, Radzi koyak dan serta merta bangun dan mahu supaya Anwar menarik balik dakwaan tersebut.

Menurut Radzi, dakwaan Anwar itu tidak mempunyai bukti dan mencalarkan maruah beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya.

Radzi Jidin Yang Mudah Lupa

Kalau Radzi Jidin lupa, mari kita semua ingatkan semula apa yang berlaku di Kementerian Pendidikan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan:

  • Skandal terbesar dalam sejarah melibatkan tatakelola yang nyata bagi semua sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada tahun 2022 semasa era Menteri Pendidikan Radzi Jidin
  • Radzi Jidin nampak suci tapi dibelakang nya didalangi oleh Setiausaha Politik dan adiknya
  • Rakus membolot projek-projek pembinaan dewan terbuka dan penyelenggaraan sekolah
  • Dana politik Radzi Jidin datang dari pemberian kontrak kepada seorang kontraktor utama dikenali sebagai Dato Chia yang membolot kesemua projek selenggara sekolah
  • Modus operandi, Dato Chia akan ke semua sekolah berstatus PTJ dan menawarkan peruntukan ke sekolah secara terus dari KPM tanpa melalui JPN atau PPD
  • Malah Pengetua ‘diarahkan’ oleh Dato Chia untuk tidak memberitahu JPN atau PPD
  • Dato Chia arahkan sekolah untuk tampal sebut harga perolehan di papan tanda sekolah sahaja
  • Kemudian proses pelantikan hanya atas kertas
  • Sekolah melantik syarikat Dato Chia dan kesemua BQ dibuat oleh pihak kontraktor

Sehingga ke hari ini terdapat banyak pelanggaran tatakelola yang nyata yang masih lagi belum disiasat.

Antaranya:

  • Kaedah pelantikan tidak mengikut tatakelola
  • Syarikat berstatus G3 dapat award buat kerja status G2
  • Syarikat di luar dari wilayah (contoh Syarikat berdaftar di Kedah laksana projek selanggara di Kelantan)
  • Sekolah diarahkan oleh syarikat untuk bayar 50% pendahuluan sebelum kerja bermula
  • Tidak pernah berlaku dalam sejarah, projek penyelenggaraan, sekolah mesti bayar dahulu
  • Sekolah juga dikenakan bayaran konsultan, belum pernah berlaku projek penyelenggaraan ada bayaran konsultan
  • Tidak sampai 100% kerja, bayaran penuh sudah dibuat.
  • Kerja dalam 50%, Dato Chia dah claim 100%
  • Ugut akan tukar pengetua ke sekolah lain jika tidak akur
  • Unit Audit Dalam KPM ada masuk buat audit tapi masih berdiam diri

Semuga maruah Radzi Jidin yang tercalar itu akan dipulihkan apabila SPRM mula buka fail Kementerian Pendidikan…😉😉😉

MP Putrajaya Yang Mudah Lupa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker