Gara-gara aplikasi ‘mariwang’, pinjam RM300 kena bayar RM10,000

Gara-gara aplikasi ‘mariwang’, pinjam RM300 kena bayar RM10,000

Gara-gara aplikasi 'mariwang', pinjam RM300 kena bayar RM10,000

KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang individu menyatakan kediamannya disimbah cat merah pada 14 Januari lalu.

Berdasarkan keterangan mangsa, dia mengaku pernah membuat pinjaman wang RM300 menerusi satu aplikasi pada 2021 dan telah membuat bayaran semula berjumlah RM1,000, namun along terbabit memintanya membayar RM10,000.

“Mangsa tidak mampu membuat bayaran dan telah memadam aplikasi itu. Hasil siasatan di kediaman mangsa, polis memperoleh petunjuk dan menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Bonggor, di sini.

“Polis kemudian menyerbu sebuah kedai makan di Padang Garong dan menahan lelaki kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata polis merampas pelbagai barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu termasuk satu telefon bimbit jenis OPPO A17, sebuah motosikal Yamaha Ego S, sepasang kasut warna putih dengan kesan tompokon merah disyaki cat merah serta satu botol lut sinar bersaiz 1.25 liter mengandungi cecair merah disyaki cat merah.

Gara-gara aplikasi ‘mariwang’, pinjam RM300 kena bayar RM10,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker