Penduduk China kini 1.41 bilion orang, merosot untuk tahun kedua

Penduduk China kini 1.41 bilion orang, merosot untuk tahun kedua

Penduduk China kini 1.41 bilion orang, merosot untuk tahun kedua
Foto hiasan AFP

Istanbul: Jumlah penduduk China pada 2023 menurun untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Rabu.

Bilangan penduduk negara itu mula menyusut pada 2022 buat kali pertama dalam tempoh enam dekad dan hilang gelaran sebagai negara paling ramai penduduk di dunia selepas tewas kepada India.

“Penduduk keseluruhan di tanah besar China turun sebanyak 2.08 juta tahun lalu kepada 1.4097 bilion, menurun daripada 1.4118 bilion pada 2022,” menurut laporan South China Morning Post.Bilangan bayi baru lahir tahun lepas ialah 9.02 juta menyusut 5.6 peratus berbanding 9.56 juta pada 2022.



“Penurunan jumlah bayi baru lahir tahun lepas menyebabkan kadar kelahiran terendah sejak rekod bermula pada 1949 dengan 6.39 kelahiran bagi setiap 1,000 orang berbanding 6.77 pada 2022,” menurut laporan itu.

Data biro berkenaan turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lalu sehingga mencecah 126 trilion yuan ($17.6 trilion).

Penduduk China kini 1.41 bilion orang, merosot untuk tahun kedua

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button