Syarikat ‘pindah pejabat’ ke gunung

Syarikat ‘pindah pejabat’ ke gunung

Syarikat 'pindah pejabat' ke gunung
SEBUAH syarikat didakwa memindahkan operasinya ke kawasan pergunungan. FOTO Agensi

Beijing: Gara-gara enggan membayar pampasan, sebuah syarikat di China didakwa mengambil keputusan untuk memindahkan operasi pejabatnya dari bandar ke kawasan pergunungan.

Portal Money Control melaporkan, keputusan itu menimbulkan kemarahan kakitangan yang menyedari ia satu helah untuk ‘memujuk’ pekerja berhenti kerja.

Ia bagi mengelak syarikat mengeluarkan kos untuk pembayaran pampasan kerana memberhentikan kakitangan.

Susulan langkah drastik itu, hampir 70 peratus kakitangan meletak jawatan kerana isu berkenaan.Bagaimanapun, hanya beberapa hari selepas ia beroperasi di kawasan pergunungan, pejabat itu kembali beroperasi di bandar. Apa yang mengejutkan, syarikat itu kemudian menggaji pekerja baharu.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), ‘taktik’ syarikat itu didedahkan oleh seorang bekas kakitangannya, bernama Chang.

Lokasi baharu itu memerlukan kakitangan berulang-alik selama dua jam sehala untuk sampai ke pejabat. Ini bermakna mereka perlu menghabiskan empat jam sehari untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Lebih teruk lagi, lokasi baharu itu mempunyai sambungan atau akses terhad kepada pengangkutan awam.

“Rakan sekerja saya yang tidak mempunyai kenderaan terpaksa bergantung pada bas yang beroperasi setiap tiga jam dan kemudian berjalan tiga kilometer lagi melalui laluan di kawasan pergunungan untuk sampai ke pejabat,” kata Chang.

Menurutnya, teksi dari stesen kereta api terdekat berharga 50 yuan (kira-kira RM32) hingga 60 yuan (kira-kira RM39) dan syarikat itu enggan memberikan subsidi perjalanan, tambahnya.

Chang juga menekankan kualiti yang buruk dan keadaan kerja yang tidak selamat di lokasi berkenaan, yang tidak mempunyai kemudahan yang sesuai.

Dia berkata, pekerja wanita terpaksa menggunakan tandas awam di kampung terdekat, yang jaraknya “jauh”.

Chang juga bimbang mengenai keselamatan pekerja dalam perjalanan pulang ketika hari sudah gelap, memandangkan anjing liar di kawasan itu gemar mengekori orang ramai.

Syarikat ‘pindah pejabat’ ke gunung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Baliklah Abah, Mahkamah Tunggu…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker