SCHA ALYAHYA TAMPIL PERJELAS ISU IG ‘HILANG’: “SAYA SILAP ‘DEACTIVATED’ AKAUN…”

Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya sebelum ini telah bertindak memadam akaun Instagramnya pada Khamis, sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman sosial itu.

Bagaimanapun, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, tampil menjelaskan perkara itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan kesilapan teknikal.

Menurut Scha, kesilapan itu berlaku ketika dia ingin membuat pautan akaun perniagaan Facebook kepada akaun laman Instagram miliknya. Kata Scha lagi, dia akan membuka semula laman sosialnya selepas selesai dikemaskini.

Klik untuk gambar besar

“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak di cerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya.

Akaun @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu tidak boleh diakses sejak malam Khamis dan netizen mula membuat pelbagai andaian.

Ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga menyifatkan isteri kepada pelakon dan pengacara Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial memandangkan sedang hamil.

Scha turut memuat naik status terakhir mengatakan ‘I’ve had enough’ sebelum bertindak menutup akaun Instagram miliknya. Malah, netizen juga mula meninggalkan pertanyaan di ruang komen suaminya yang juga pengacara program Melodi.

Terdahulu, Awal mendedahkan kelakuan isterinya tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil. Untuk makluman, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker