Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki berkata, SPB YDP Agong telah memperkenankan pelantikan Ahmad Terrirudin sebagain Peguam Negara.

Ianya selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Terrirudin akan menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept 2023.

Beliau merupakan calon pertama yang datang terus daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sejak 2002.

Ahmad Terrirudin terlebih dahulu telah berkhidmat sebagai ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai peguam cara negara pada Mac 2022.

Tugas berat sedang menanti Ahmad Terrirudin sebaik sahaja beliau memasuki pejabat Peguam Negara pada 6 September 2023.

Banyak kes-kes berprofil tinggi ang selama ini tertangguh sedang menanti tindakan pantas dari beliau.

Antaranya kes siasatan terhadap Hakim Nazlan, kes siasatan terhadap Taufeq Ayman, kes Jana Wibawa yang telah difailkan semula selepas digugurkan oleh mahkamah.

Paling ditunggu oleh rakyat Malaysia adalah tindakan beliau terhadap kesemua kes yang bermotifkan politik, terutamanya yang melibatkan DS Najib dan DS Zahid.

Apakah Ahmad Terrirudin akan memberikan keadilan yang sebenarnya mengikut lunas undang-undang terhadap DS Najib dan DS Zahid?

Mampukah beliau bertindak ‘without fear or favour’ dalam melaksanakan tanggungjawab yang akan dipikul nanti?

Mungkin terlalu awal untuk penulis membuat sebarang andaian kerana Ahmad Terrirudin belum lagi memasuki pejabat Peguam Negara.

Namun, membiarkan kezaliman berlaku di hadapan mata adalah merupakan satu lagi kezaliman baharu tercipta.

Tetapi diharapkan akan ada sinar harapan agar keadilan ditegakkan mengikut prinsip Kedaulatan Undang Undang dan Keluhuran Perlembagaan.

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker