Penemuan ‘terowong’ sudah terlambat – Hamas

Penemuan ‘terowong’ sudah terlambat – Hamas

Penemuan 'terowong' sudah terlambat - Hamas
TENTERA Israel berjalan melepasi terowong Hamas yang ditemukan di Gaza. FOTO Re

Gaza: Seorang pegawai Hamas meremehkan pendedahan tentera Israel yang menemukan ‘terowong Hamas terbesar’ sebagai mencapai misi.

Pegawai Kanan Hamas Osama Hamdan pada sidang media di Beirut berkata, penemuan itu dianggap sudah terlambat.

“Penerbitan imej terowong panjang, 72 hari selepas permulaan pencerobohan, ia terlambat. Terima kasih kepada terowong ini, misi yang ingin kami capai dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Terdahulu, pada 17 Disember lalu, tentera Israel menunjukkan imej terowong terbesar yang ditemukan setakat ini di Gaza, berhampiran lintasan Erez, antara wilayah Palestin dan Israel.

Tentera berkata, laluan bawah tanah itu membentuk sebahagian daripada rangkaian terowong yang lebih luas yang menjangkau jarak lebih empat kilometer (km).

Israel berkata, terowong itu menelan kos berjuta-juta dolar dan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina, dan mempunyai rel, elektrik, saliran dan rangkaian komunikasi.

Bahkan, terowong itu didakwa tentera sebahagian daripada infrastruktur strategik Hamas dan akan dimusnahkan oleh tentera zionis itu.

Dalam video yang dikongsi oleh tentera Israel, mereka mendakwa terowong itu dicipta untuk pergerakan Hamas dan sebagai titik pelancaran untuk serangan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, tentera Israel mendakwa bahawa sistem terowong itu adalah projek Muhammad Sinwar, abang kepada pemimpin Hamas, Yahya Sinwar.

Bagaimanapun, mereka juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Penemuan ‘terowong’ sudah terlambat – Hamas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker