Wang milik MBI, bila Mukhriz mahu jawap?

 

Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir perlu menjawap pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI).

Sanusi semalam mendedahkan dokumen menunjukkan jumlah transaksi wang MBI ke Barclays Bank sebanyak RM13.17 juta pada 2014.

Mukhriz tidak boleh hanya berharap kepada Sanusi untuk membuat laporan kepada SPRM.

Beliau juga wajib membuat laporan kepada Polis dan SPRM agar siasatan dapat dilakukan bagi membersihkan imejnya.



Setakat ini hanya Sanusi yang telah menbuat laporan kepada SPRM dan menyertakan dokumen sokongan jumlah wang milik MBI.

 

Dalam laporan Utusan Malaysia, MUKHRIZ MAHATHIR menyatakan beliau menimbang untuk mengambil tindakan susulan berikutan dakwaan pemindahan wang ke satu akaun di luar negara.

Namun sehingga hari ini difahamkan masih belum ada laporan dilakukan Mukhriz kepada pihak sepatutnya.

Untuk rekod Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah pada tahun 2013 – 2016 dan sekali lagi dilantik pada 2018 – 2020.



RM13.17 juta wang MBI (Kedah) dirembat siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker