PRN Johor – 3 calon paling popular untuk N47 Kempas

N47 Kempas akan menjadi tumpuan dalam PRN Johor kali ini. Dikatakan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mengintai kerusi tersebut selpas mengambil kira beberapa faktor.

Bagi Barisan Nasional, walau siapa calon yang dikemukakan sebagai wakil, individu tersebut haruslah benar-benar menepati ciri WALI (Winnable, Acceptable, Likeable) seperti dikatakan Presiden UMNO tempohari.

N47 dijangkakan menjadi medan saingan sengit antara BN, PEJUANG, PPBM, WARISAN & MUDA.

Polar pengundi yang mampu menarik perhatian bakal calon serta rekod lampau bekas wakil rakyat di N47 agak mencabar tetapi itulah N47 Kempas.

Bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Osman Sapian merupakan ADUN N47 mewakili PPBM ketika dilantik menjadi MB.

Memerhati bakal calon BN ada 3 nama yang dijangkakan boleh mewakili BN pada PRN Johor.

  • Datuk Ramlee Bohani
  • Farkhan Haron
  • Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat

Datuk Ramlee Bohani pernah tewas kepada Osman Sapian pada 2018 dengan jurang 9,178 undi.

Farkhan Haron, nama baru, muka baru, anak jati Johor dikatakan turut berpotensi untuk mewakili BN di N47 Kempas. Beliau yang juga juara tinju mewakili Malaysia agak sesuai untuk dijadikan muka baru yang ditawarkan BN sebagai calon.

Ada juga desas-desus menyatakan Farkhan sememangnya calon pilihan Istana Johor namun sejauh mana kebenarannya tidak diketahui. 

Bagi rakyat Kempas, nama Tengku Putra Haron tidak perlu diperkenalkan lagi. Walau tidak dicalonkan pada PRU14 pada 2018, beliau belum pernah berhenti berkhidmat kepada penduduk N47 Kempas.

Seringkali terlibat dalam kerja-kerja kebajikan, Tengku Putra tidak mahu meletakkan harapan tetapi beliau memberitahu akan menyokong sesiapa sahaja calon yang BN letakkan sesuai dengan W.A.L.I

Jadi saingan agak terbuka bersesuaian dengan kehangatan khabar MUDA akan bertanding selain calon lain yang agak muda dan popular.

Terpulang kepada pucuk pimpinan BN Johor untuk memilih siapa yang mampu membawa aspirasi BN ke N47 sekaligus memastikan kemenangan mutlak milik BN.

 

BN letak 56 calon di semua kerusi Johor – Zahid Hamidi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker