Ulangtahun ‘Black905’ hasil penipuan PH

 

Pada tarikh hari ini 9 Mei 2022, ramai rakyat masih mengingati peristiwa ‘Black905’ hasil penipuan PH.

Barisan Nasional yang telah memayungi rakyat selama 6 dekad tumbang di tangan Pakatan Harapan.



Bukan mudah untuk PH berjaya melakukannya, namun mereka berusaha bersungguh dengan menjanjikan pelbagai janji palsu kepada rakyat.

Manifesto yang sangat ‘manis’ dibentangkan dan ramai rakyat terpedaya dengan tohmahan serta dakyah PH.

Bagaimanapun, selepas 22 bulan berkuasa, rakyat sudah nampak tembelang sebenar PH apabila gabungan PPBM, AMANAH, DAP dan PKR hanya mementingkan kedudukan serta kuasa parti bagi menguasai kerajaan.



Apabila PH melantik Tun Mahathir sebagai PM, ternyata percaturan mereka tersasar.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim Bersama Mahathir

Pernah memusuhi DAP dan menyebabkan Presiden PKR meringkuk di penjara, sudah pasti Mahathir tidak akan memberi ruang kepada 2 gabungan dalam PH untuk lebih berkuasa daripada beliau.

Walaupun PPBM berbekalkan 13 kerusi (asal), mereka menguasai kebanyakan portfolio penting dalam kerajaan.

Sebaliknya PKR, parti yang di’tunggang’ gabungan PH hanya mendapat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, jawatan ihsan Perdana Menteri.



Selepas Anwar mengambil alih kedudukan Presiden, beliau hanya kekal sebagai ahli Parlimen tanpa sebarang jawatan dalam kabinet.

Sudahlah PH banyak menipu rakyat dengan manifesto, dalam PH pula mereka banyak ditipu Mahathir dengan pelbagai alasan untuk beliau kekal berkuasa.

Kini, rakyat semakin sedar Pakatan Harapan hanyalah kerjasama politik yang GAGAL.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button