Tawaran 500k, Annuar tidak lapor kepada SPRM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Tawaran 500k, Annuar tidak lapor kepada SPRM?

Tawaran sebanyak 500k, tetapi mengapa Annuar Musa tidak lapor kepada SPRM mengenai perkara tersebut jika mengetahuinya?



Nama Tan Sri Annuar Musa kembali ‘hangat’ apabila beliau dikatakan antara yang ditawarkan rasuah sebanyak RM500,000.00 setahun oleh seorang pengarah syarikat.

Menurut laporan dari Mahkamah, tawaran tersebut disalurkan melalui seorang individu dikenali sebagai Tan Ser Lay bagi faedah Annuar Musa selaku Menteri Komunkasi dan Multimedia bagi menyegerakan pengambilalihan  pengurusan dan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Dia didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada Tan Ser Lay untuk faedah bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa bagi mempercepatkan proses pengambilalihan.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat kementerian itu di Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. – Tawaran Rasuah Kepada Annuar Musa



Adakah Annuar Musa tidak mengetahui mengenai perkara tersebut ketika menjadi Menteri atau beliau sebenarnya tahu tetapi tidak melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini menafikan beliau terlibat dalam urusan pengambilaihan saham Menara KL dan bersedia mengheret 3 individu yang dikatakan telah merosakkan reputasi beliau berkaitan isu Menara KL.

Annuar Nafi Lulus Tender

Rujukan – Annuar Musa ambil tindakan undang-undang terhadap 3 individu



Sebaiknya Annuar memfailkan saman terhadap Pengarah Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh kerana telah mendakwa menawarkan sejumlah RM7.5 juta atau RM500,000.00 setahun kepada beliau.

Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button