Pengguna iPhone Boleh Hadkan Peratusan Pengecasan Bateri Dengan iOS 17

Sebelum ini, muncul isu pemilik iPhone 14 Pro yang merungut tahap kesihatan bateri mereka sudah di bawah 90% walaupun peranti belum berusia setahun.

Apabila kesihatan bateri merosot, iOS boleh mengurangkan prestasi pemproses bagi memastikan operasi iPhone tidak terjejas.

Selepas menyedari isu ini, Apple telah memperkenalkan ciri mengehadkan tahap peratusan pengecasan bateri menerusi iOS 17.

Pengguna iPhone Boleh Hadkan Peratusan Pengecasan Bateri Dengan iOS 17

MenurutΒ 9to5 Mac, pemilik boleh menetapkan sendiri nilai peratusan bateri akan dicas. Apabila mencapai had ini proses pengecasan akan dihentikan.

Dalam pada itu, ini akan dapat menyelesaikan isu kesihatan bateri terjejas teruk selepas setahun kerana dicas setiap hari.

Kerana iOS 17 belum diberikan kepada semua, tidak diketahui lagi pada waktu ini sama ada ciri ini akan diberikan kepada semua iPhone atau terhad kepada iPhone 15 baharu sahaja.

Kepada pemilik iPhone kami sarankan anda aktifkan ciriΒ Optimised Battery ChargingΒ yang sudahpun diberikan sebelum ini.

Menerusinya, iPhone akan mengecas bateri sehingga 80% sebelum secara perlahan mencecah 100% berdasarkan tabiat pengguna bangun tidur misalnya.

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai ciri terbaharu iPhone 15 dimana ia boleh menjadi sebuah powerbank dan buat pertama kalinya kesemua model iPhone menyokong USB-C.

Kredit:Β 9to5 Mac

Pengguna iPhone Boleh Hadkan Peratusan Pengecasan Bateri Dengan iOS 17

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker