Penceramah bebas ditahan kes seksual fizikal anak rakan

KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian didakwa pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan.

Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.



“Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker