Intergriti Nazlan Ghazali dihujung tanduk

 

Kini, intergriti Nazlan berada di hujung tanduk bila penglibatan beliau dalam kes SRC mula dipersoalkan.



Nama Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjadi sebutan ramai ekoran pendedahan Raja Petra mengenai transaksi wang yang meragukan ke akaun bank beliau. 

Berikutan dakwaan tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Nazlan dan kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. 

Agak menarik melihat penglibatan Nazlan sebagai seorang Hakim dalam satu kes melibatkan SRC. Selaku Hakim yang dilantik, Nazlan sepatutnya tahu beliau tidak boleh menghakimi kes tersebut, memandangkan beliau pernah terbabit dengan penubuhan SRC.

 



 

Menurut Rf Lias seorang aktivis media sosial yang mengikuti kes tersebut di Mahkamah, perkembangan berkait kes SRC mendedahkan pelbagai kecacatan kes.

Ini berikutan pendedahan Raja Petra yang mengaitkan beliau dengan Jho Low serta kedudukannya dalam Maybank sebelum ini. Sehingga hari ini, Nazlan masih belum memberikan sebarang jawapan dakwaan Raja Petra.



Pasukan Peguambela juga mendedahkan banyak perkara yang selama ini tidak diketahui ramai dalam kes SRC berdasarkan bukti yang diterima.

Rujuk – VIDEO

Banyak lagi kecacatan pendakwaan bakal terdedah jika pasukan Peguambela kes SRC berjaya dedahkan dalam Mahkamah, namun segalanya bergantung kepada pertimbangan Hakim yang menghakimi kes samada mahu membenarkan atau menolak bukti baru untuk dikemukakan.

Nazlan tidak berani jawap dakwaan transaksi wang?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button